Kalau nak cita pasai hobi ni macam2 ada tapi buat masa sekarang saya suka p kelas belly dancing....ala-ala tarian arab gitu
Hobi ni semestinya buat kaum hawa yang suka xcise tapi lebih kepada fun. Belly dancing ni bukan saja menyihatkan tapi step2 tariannya boleh membentuk badan dan membina otot terutamanya di bahagian sekitar perut, punggung dan paha. Kelas-kelas belly dancing di Alor Star ni dipenuhi oleh kaum2 cina ....melayu cuma 2,3org jer(kurang berminat agaknya) dan waktunya pada sebelah malam (dalam pukul 8pm). Setiap penari dikehendaki memakai selendang belly yang diikat di pinggang dan baju mesti mendedahkan bahagian perut

(senang cita pakai bra jerla) sebabnya tarian ni menggerakkan otot perut, kalau terlindung tak nampakla tariannya
Dan yang pasti.....kelas ni tertutup bagi WANITA SAHAJA....lelaki tak dibenarkan masuk ke dalam studio. Kalau hubby atau sedara yang nak menjemput cuma berada di kaki lima studio sahaja
Kelas belly ada tiga bahagian....1st.....beginner.....step cuma ajar bagi pergerakan yang ringan2 (macam aerobik pun ada, step ulangan jer). Kelas Intermediate....cara untuk membuat tarian (pergerakan anggota badan semakin lembut). Kelas expert....menari dengan menggunakan peralatan (semestinya kelas ni enjoy sebab semua dah terror).
Di KL bolehla usha2 di sini
http://www.havanaestudio.com.my/bellydancing.htmlSo...kawan-kawan apa lagi jomla daftar kelas belly dancing sekarang
