Setiap hari pejabat KPDNHEP menerima aduan daripada orang ramai terutamanya yang tertipu dengan cabutan bertuah dan hadiah seumpamanya yang merangkap mangsa dengan aktiviti mereka. Mangsa yang melabur sehingga puluhan ribu ringgit akhirnya berkata terkena pukau
tu bukan pukau namanya tapi tamak.
Daripada keratan akhbar Utusan Malaysia 14/10/2008, 4 syarikat berikut sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram :
[b]BULUHMAS ENTERPRISE SDN BHD
JAZMEEN (M) SDN BHD
NORADZ TRAVEL & SERVICES SDN BHD
EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD
Sebarang aduan berkenaan syarikat tersebut hendaklah diambil dan dimajukan kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut.
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O.Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-5465 (LINK)
Fax:03-21741515
E-mail:bnmtelelink@bnm.gov.my