x-SMTJS
HomeHome  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­Log inLog in  
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Sekadar berkongsi....

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2
AuthorMessage
pau_kj
Moderator
Moderator


Male Number of posts: 272
Age: 26
Location: PaDanG JawA + kL + CheRas + Aloq SeTaq + depan KoMpuTeR
Registration date: 2008-10-07

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Wed Nov 05, 2008 3:44 pm

ckin omar wrote:
amboi2 dua2 PAU ni pakat nampak...hantaran tue adalh sara diri wanita...duit tue la yg bakl dgunakn utk kenduri khwn..klu rasa bakal istri anda mampu wat kendri tanpa duit tue...blh la mintk turnkn harga... Smile
hehe buat kenduri seadanya pun dah cukup...sekarang zaman kegawatan, harga barang naik, harga hantaran pun naik...tapi gaji xnaik xdak sapa pun yg tanya...gaji cukup or x, xdak sapa pun yg peka...juz my 2 cent...hehe...

_________________

Padi - Sang Penghibur
Back to top Go down
View user profile http://www.kenarianz.com.my
Kombat



Number of posts: 19
Registration date: 2008-10-06

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Sun Nov 30, 2008 11:42 pm

24 November, 2008 18:08 PM

Mampukah Syarikat Malaysia Tangani Gelora Mendatang?

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Gelombang pertama kesan daripada krisis kewangan di Barat mungkin sudah melanda Malaysia, dengan harga komoditi dan ekuiti turun sejak kebelakangan ini.

Dan, dengan kemerosotan harga minyak mentah yang merupakan pendapatan utama Malaysia, ini semua seolah-olah merupakan resipi tepat untuk menambah tekanan ke atas kerajaan dan keupayaannya untuk mengumpul hasil.

Namun, kerajaan cepat bertindak dengan melaksanakan langkah awal dengan memperkenalkan pakej rangsangan RM7 bilion.

Seperti keadaan semasa, impak ke atas Malaysia mungkin minimum, berdasarkan tindakan kerajaan dalam memastikan ekonomi terus bertahan walaupun pada tahap yang perlahan.

Pasaran utama sayrikat-syarikat Malaysia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah, mungkin rendah pada masa ini, namun China, India dan Timur Tengah mungkin menawarkan peluang cerah.

Mampukah Malaysia menangani krisis mendatang? Ketua Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kim Leng yakin negara mampu mengharunginya.

Kerajaan katanya telah mengambil tindakan yang tepat untuk merangsang ekonomi tempatan dan mengimbangi sebarang impak daripada penyusutan ekonomi global.

Dan firma-firma Malaysia juga dijangka bertahan mengarungi krisis itu kerana sejak enam bulan lepas, mereka mencatat pertumbuhan yang kukuh dan mengumpul kekayaan, yang akan membantu mereka mengharungi sebarang kemelesetan selama antara satu dan tiga tahun, katanya.

"Ada yang mungkin perlu mengurangkan jumlah pekerja, namun saya tidak nampak ia merupakan trend utama," katanya dan menambah, ada beberapa syarikat sudahpun menyelaraskan pemintaan yang rendah dengan mengurangkan shif pengeluaran.

Berdasarkan penilaian RAM, kadar pengangguran negara dianggarkan kira-kira 4.0 hingga 4.5 peratus berbanding 3.5 peratus sekarang, kata Yeah.

Dari segi bilangannya, ia membabitkan kira-kira setengah juta orang, dengan separuh daripadanya terdiri dariapda mereka yang baru memasuki pasaran pekerjaan.

Beliau berkata sektor berintensifkan pekerja paling terus terjejas akibat kelembapan ekonomi jika syarikat mengurangkan operasi.

"Namun memandangkan kebanyakan mereka mengaji pekerja asing, impak ke atas rakyat Malaysia dijangka minimum.

Berdasarkan seramai 2.2 pekerja asing di negara ini, mereka merupakan golongan pertama yang hilang pekerjaan jika pemberhentian pekerja dijalankan," katanya.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop baru-baru ini berkata kadar pengangguran di negara ini pada paras empat peratus atau kurang tahun ini dan dijangka mencatat paras yang sama tahun depan kerana beliau yakin bahawa dana latihan sebanyak RM300 juta menerusi pakej rangsangan, akan meminimumkan jumlah pengangguran selain meningkatkan kemahiran pekerja.

"Cabaran paling besar untuk kerajaan dalam mana-mana krisis ialah memastikan kerajaan mampu menyediakan pekerjaan kepada rakyat serta aliran kredit perniagaan. Kita mesti memastikan mereka yang bekerja terus bekerja dan lepasan sekolah turut mendapat pekerjaan kelak," katanya.

Menteri Sumber Manusia Datuk S.Subramaniam berkata kerajaan menubuhkan dua jawatankausa bagi membantu mereka yang diberhentikan supaya boleh diserap oleh sektor lain yang memerlukan pekerja.

Dua jawatankuasa berkenaan, yang dianggotai wakil majikan, kesatuan sekerja, kementerian dan agensi kerajaan, akan bertemu setiap bulan bagi mengesan pemberhentian dan potensi pemecatan, serta memberi bantuan untuk pekerja yang diberhentikan menerusi latihan semula termasuk mengusai kemahiran baru.

"Kami berharap kelembapan ekonomi tidak berlaku, namun melihat negara lain, ia sudahpun berlaku. Kita perlu bersedia untuk menanganinya," katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi melatih semula pekerja yang diberhentikan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB).

Kira-kira 750,000 pekerja daripada perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat manfaat daripada program itu.

Dr Subramanian berkata kerajaan akan menambah RM1 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan oleh majikan dalam melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja dan mulai 1 Nov lepas, bantuan kewangan 100 peratus akan diberikan kepada semua program latihan semula bagi meningkatkan kemahiran yang dijalankan dalam negara.

Dari segi permintaan domestik di Malaysia, ia dijangka tidak terjejas walaupun beberapa kajian memberikan gambaran suram mengenai sentimen pengguna di rantau ini yang sekaligus menyemarakkan kebimbangan mengenai penggunaan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi, terjejas.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata "tanda-tanda penyederhaan perbelanjaan pengguna semakin ketara" hasil kajian sentimen pengguna bagi tempoh suku ketiga yang didapati susut hampir 30 mata tahun ke tahun.

Bagaimanapun, masih ada cahaya terang: jualan runcit yang bernilai AS$67.1 bilion tahun lepas, masih dijangkakan meningkat kepada 7.0 peratus kepada AS$71.8 bilion tahun ini dan penggunaan masih meningkat.

Penggunaan swasta meningkat 9.0 peratus pada suku kedua, berbanding 11.7 peratus pada suku pertama 2008. Ramalan juga menyebut bahawa pertumbuhan penggunaan pada 2008 berkembang pada 7.4 peratus, susut berbanding 11 peratus tahun lepas.

Perbelanjaan pengguna dijangka kekal ketara berikutan pengumumkan kerajaan mengurangkan harga bahan api, diskaun kadar tol lebuh raya, mengurangkan harga barangan di pasar raya besar serta membenarkan pencarum mengurangan sumbangan masing-masing kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi memastikan mereka mempunyai lebih banyak pendapatan untuk dibelanjakan.

KWSP dijangka menyuntik sekurang-kurangnya RM2.5 bilion sebulan ke dalam ekonomi walaupun jika hanya separuh pencarumnya mengambil insentif itu.

Dari segi kredit pengguna, Dr Yeah berkata selagi pengguna mempunyai akses kepada kredit, masalah kredit tidak akan berlaku walaupun banyak bank telah mengetatkan prosedur pinjaman akibat masalah kewangan di Barat.

Beliau juga yakin ekonomi Malaysia yang sangat pelbagai dapat memastikan permintaan domestik bertahan.

Jika permintaan domestik berkekalan, ekonomi akan bertahan dan berkembang pada 1.5 peratus berbanding anggaran rasmi pada 3.4 peratus, katanya.

Dr Yeah berkata walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) mengecut sebanyak 0.5 peratus tahun depan berbanding unjuran 3.5 peratus, ekonomi Malaysia masih belum memasuki tahap yang serius namun kerjaaan perlu berhati-hati dan memastikan aliran dana yang mencukupi dalam pasaran.

Kerajaan juga katanya mesti terus mengambil langkah-langkah proaktif seperti mengurangan cukai, meningkatkan kecekapan dan memperkenalkan lebih banyak liberalisasi bagi menjadikan Malaysia lebih kompetitif.

"Krisis ini mungkin mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia. Jika kerajaan melaksanakan reformasi ini, kita akan dapat pulih lebih cepat atau lebih berdaya tahan untuk menghadapi kejutan akan datang," katanya.

Dr Yeah berkata kerajaan mesti memberi lebih banyak perhatian terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutama yang berorientasikan eksport, dan tidak dapat mencari pasaran baru semasa tempoh yang mencabar ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata kajian akan dibuat bagi mengurangkan beban kewangan PKS, dan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia akan diminta membantu mengurangkan beban para peminjam.

-- BERNAMA
Back to top Go down
View user profile
Kombat



Number of posts: 19
Registration date: 2008-10-06

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Sun Nov 30, 2008 11:43 pm

26 November, 2008 21:03 PM

FMM: Pertumbuhan Sektor Pembuatan Akan Menurun Tahun 2009

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Sektor pembuatan dijangka menyaksikan pertumbuhan yang perlahan tahun depan di celah-celah prospek kelembapan ekonomi global, demikian menurut Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

Nilai jualan sektor pembuatan berkembang 2.5 peratus kepada RM523.4 bilion pada 2007. Dalam tempoh Januari-September 2008, nilai jualan menokok 14.9 peratus kepada RM442.7 bilion.

"Pertumbuhannya adalah lebih rendah berbanding tahun ini. Kebanyakan pengeluar berkata 2009 adalah tahun yang sukar dengan sesetengah menyaksikan pertumbuhan yang kecil dan sesetengahnya pula menyaksikan penguncupan," kata presiden FMM Tan Sri Yong Poh Kon kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pembuatan Kebangsaan di sini, Rabu.

Yong berkata syarikat-syarikat, terutamanya yang berorientasikan eksport setakat ini telah mengalami penurunan dalam eksport barangan pembuatan.

"Industri elektrik dan elektronik, contohnya, berhadapan dengan 20 hingga 30 peratus kejatuhan untuk pesanan," kata beliau.

Sektor pembuatan menyediakan 70 peratus daripada jumlah eksport negara.

Bagi mengimbangi kesan daripada ketidaktentuan ekonomi semasa, Yong berkata adalah penting untuk memperbaiki dengan segera kecekapan pembuatan/pengilangan, terutamanya dari segi mengekang kenaikan kos menjalankan perniagaan.

Beliau berkata beberapa syarikat pembuatan telah mengecilkan skala operasi mereka, membenarkan pekerja mengambil cuti panjang dan enggan melanjutkan kontrak pekerja asing.

"Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka dan jika ekonomi dunia berubah, kita juga akan terjejas dan terpulanglah kepada syarikat bagaimana mereka mahu berhadapan dengan kemungkinan ini," tambah beliau.

Sementara itu, ketua ekonomi kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata sektor pembuatan dan perkhidmatan yang menyumbangkan 80 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara, akan terus kekal menjadi enjin pertumbuhan.

"Memandangkan kita telah melihat kejatuhan dalam eksport, adalah penting untung negara mengukuhkan permintaan domestiknya kerana ia boleh membantu mengimbangi kelembapan," kata beliau.

Menurut Yeah, permintaan untuk komoditi dan produk berasaskan sumber dijangka meningkat, terutamanya dari ekonomi baru muncul seperti China dan India.

China disasar berkembang 7.0 hingga 8.0 peratus dan India 6.0 hingga 7.0 peratus tahun depan, kata beliau.

-- BERNAMA
Back to top Go down
View user profile
Kombat



Number of posts: 19
Registration date: 2008-10-06

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Sun Nov 30, 2008 11:52 pm

Krisis ekonomi global kali ini adalah yang paling kompleks kerana ia bermula di pusat sistem kewangan dunia iaitu di Amerika Syarikat (AS) dan mempunyai kesan rantaian ke atas hab kewangan antarabangsa lain di Eropah dan Asia Timur. Ini sesuai dengan pepatah ekonomi, apabila AS 'batuk' negara lain akan mendapat 'selesema'.

Malaysia mampu mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.5 peratus pada tahun 2009, walaupun eksport negara akan terjejas berikutan import yang berkurangan dari Amerika Syarikat dan Eropah. Namun, Malaysia boleh bergantung pada rakan dagangan seperti China dan India kerana kedua-dua negara ini masih mencatat pertumbuhan positif 7 hingga 9 peratus. Oleh itu, wujud tebatan dan perlindungan bagi ekonomi negara kerana tidak bergantung kepada negara Barat untuk eksport.

Isu yang paling kritikal dalam krisis ekonomi ialah pemberhentian para pekerja. Jaringan keselamatan ekonomi menerusi inisiatif monetari dan fiskal oleh kerajaan dapat menjaminkan pekerjaan kepada rakyat.
Back to top Go down
View user profile
pau_kj
Moderator
Moderator


Male Number of posts: 272
Age: 26
Location: PaDanG JawA + kL + CheRas + Aloq SeTaq + depan KoMpuTeR
Registration date: 2008-10-07

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Tue Dec 02, 2008 7:46 am

hehe epin bercakap benda global tu hehe...tabik tabik huhu...

_________________

Padi - Sang Penghibur
Back to top Go down
View user profile http://www.kenarianz.com.my
Kombat



Number of posts: 19
Registration date: 2008-10-06

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Wed Dec 03, 2008 11:08 pm

Eh, En. Zul.. Pandainya en. teka. Jangan habaq kat org lain nah... bounce
Tak dak la... Sj amek tau skit2. sembang kedai kopi ja.. bukan pakar ekonomi.
Ya la.. bg yg makan gaji ngan kerajaan tu.. x la risau sangat.
Tp, yg macam geng yg makan Gergaji nie, serta yg belum rasa apa2 gaji lg patut risau.
Back to top Go down
View user profile
x-zorro



Male Number of posts: 103
Age: 26
Registration date: 2008-10-06

PostSubject: Re: Sekadar berkongsi....   Thu Dec 11, 2008 5:57 am

insyaAllah,
niat baik d balas baik..
Sleep
Back to top Go down
View user profile
 

Sekadar berkongsi....

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Goto page : Previous  1, 2

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum x-SMTJS :: Jom Chit-Chat :: Luahan Perasaan-
Post new topic   Reply to topic