x-SMTJS
 
HomeHome  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Jangan Ketawa

Go down 
AuthorMessage
Kombat



Number of posts : 20
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Jangan Ketawa   Sun Nov 16, 2008 11:23 am

Pengantin Baru dan Gangguan Kesihatan

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"



Drakula dan Ahli Sihir

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.



Ehwan dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan : "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."
Back to top Go down
View user profile
fiza8373

avatar

Female Number of posts : 111
Age : 35
Location : The Bagan
Registration date : 2008-10-06

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Tue Nov 18, 2008 12:57 pm

okela...aku tak gelak aih...
Back to top Go down
View user profile http://fieza.wordpress.com
x-zorro



Male Number of posts : 103
Age : 35
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Thu Dec 11, 2008 6:28 am

hahaha...
lagi kombat...
lol!
Back to top Go down
View user profile
Kombat



Number of posts : 20
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Sat Dec 13, 2008 6:39 pm

atas permintaan x-zorro maka permintaannya diperkenankan. Sambung lg....Rolling Eyes



Kisah Pengemis dan Pelajar Universiti


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa: "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"
Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ..."
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."
Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"
Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang..."
Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?"
Pengemis : "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."



Nenek dan Coklat Kacang Hazelnut

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata,

"Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."

Dengan selamba , nenek Siti berkata,

"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."



Datang Bulan


Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

confused confused
Back to top Go down
View user profile
aidacomey

avatar

Female Number of posts : 29
Age : 35
Location : KL
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Wed Dec 17, 2008 7:28 pm

best best...ada lagi? leh la gelak2 time borink2 ni..
Back to top Go down
View user profile
Kombat



Number of posts : 20
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Mon Jan 12, 2009 3:12 am

lama x berforumotion kat sini. Sini pun cam nak jadi tanah perkuburan ja...
ok sambung skit lagi. Rolling Eyes



Rahasia Kekuatan Superman

Lana lang adalah seorang wartawan yang cantik dan seksi yang bekerja di sebuah syarikat akbar tempatan terkenal di ibukota. Dalam menjalankan tugasnya, dia sering kali ditolong oleh Superman yang terkenal itu.

Pada suatu hari yang telah dijadualkan, bertemulah Lana lang dengan Superman untuk suatu sesi interview.

"Saya sangat kagum sekali sama anda. Bagaimana anda boleh menjadi sangat kuat, baik dalam melawan berbagai kejahatan ataupun berbuat sesuatu demi menyelamatkan bumi, semuanya dapat anda atasi dengan baik. Anda juga mampu untuk terbang melayang. Bagaimana anda boleh menjadi manusia yang sungguh perkasa sekali?" tanya Lana dengan penuh rasa kagum.

Sambil tersenyum simpul malu Superman itu pun menjawab.

"Oh....jujur saya katakan, semuanya itu adalah tipuan kamera belaka."


p/s: AMARAN KERAS. Watak Lana lang dlm cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg tidak hidup.



Anak Muda Dengan Pakcik Gembala Kambing

DI suatu petang yg damai, seorang anak muda berjumpa dengan seorang Pakcik gembala kambing di tanah lapang. Untuk menjalin keakraban, anak muda itupun mengajak bersembang dan berbincang-bincang dengan Pakcik tersebut.

Anak Muda : "Banyak kambing pakcik ya, pakcik bagi diorang makan apa?"
Gembala : "Yang putih atau yang hitam?"
Anak Muda : "Yang putih?"
Gembala : "Kalo yang putih makannya rumput"
Anak Muda : "Yang hitam?"
Gembala : "Sama"

Si anak muda agak geram dengan jawapan main2 pakcik itu, tapi dia bertanya lagi.

Anak Muda : "Kambingnya banyak susunya, ya?"
Gembala : "Yang putih atau yang hitam?"
Anak Muda : "Yang putih?"
Gembala : "Yang putih susunya banyak sekali"
Anak Muda : "Yang hitam?"
Gembala : "Sama "

Si anak muda makin geram.

Anak Muda : "Kalo memang jawabannya sama, kenapa pakcik selalu membeza-bezakan kambing hitam atau putih?"
Gembala : "Kerana yang putih itu kepunyaan Pakcik, Nak"
Anak Muda : "Lalu yang hitam kepunyaan siapa?"
Gembala : "Sama"
Anak Muda : "@#$%$^&&*"



Kisah Isteri Menjerat Suami

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun nanti ada orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...
* Isteri : ????!!!!!
* Suami : ( Dalam hati ) Alamak Kantoi !!
Back to top Go down
View user profile
fiza8373

avatar

Female Number of posts : 111
Age : 35
Location : The Bagan
Registration date : 2008-10-06

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Wed Jan 28, 2009 11:16 am

hahaha... mmg kantoi...
Back to top Go down
View user profile http://fieza.wordpress.com
Kombat



Number of posts : 20
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Mon Feb 02, 2009 9:51 pm

fiza8373 wrote:
hahaha... mmg kantoi...
What a Face
Back to top Go down
View user profile
Kombat



Number of posts : 20
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Mon Feb 02, 2009 11:27 pm

Sambungan episod seterusnya.....


KAKAK TUA YANG INSAF.

David baru mendapat hadiah seekor burung kakak tua dari temannya. Burung kaka tua tu diberi nama Kekeke. Kekeke adalah seekor burung yang sangat nakal dan sering meneriakkan kata2 kotor.

David amat sayangkan burungnya itu dah berazam untuk mengubah kelakuan burungnya itu. Bermacam cara dilakukan oleh David untuk merubah burungnya itu menjadi seekor burung yg sopan.

Tapi tak ada satu pun usahanya yg berhasil. Malah perangai burungnya itu semakin menjadi- jadi dan bertambah buruk. Akhirnya David pun berputus asa dan memututs untuk memasukkan burungnya yg nakal itu ke dalam peti sejuk.

Pada mulanya burung kakak tua itu bertiak dan mengamuk. tetapi tiba2 suara teriakkan itu hilang dan keadaan pun menjadi tenang. David pun ketakutan dan menyangkakan burungnya itu telah mati.

David berlari membuka pintu peti sejuk itu. Sebaik sahaja dia membukanya, dia terkejut dan melihat burung kakak tuanya yg nakal itu sedang duduk dengan sopan sekali. kemudian burung itu pun melompat dan berkata kepada David,
" Saya mintak maaf atas kelakuaan saya yg buruk selama ini. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lg."

David pun merasa gembira tetapi bercampur hairan dengan fenomena tersebut. Kenapa burung kakak tuanya itu berubah secara mendadak. Dia ingin menanyakan sebabnya kepada burunng itu. tetapi belum sempat dia bertanya, kakak tua itu tiba2 bertanya kepadanya.
" Boleh saya tahu, apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh si ayam itu,?"
sambil menuding jari ke arah ayam beku yang disimpan didalam peti ais itu.


flower
Back to top Go down
View user profile
pau_kj
Moderator
Moderator
avatar

Male Number of posts : 272
Age : 35
Location : PaDanG JawA + kL + CheRas + Aloq SeTaq + depan KoMpuTeR
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Tue Feb 03, 2009 10:04 am

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

_________________

Padi - Sang Penghibur
Back to top Go down
View user profile http://www.kenarianz.com.my
ckin omar

avatar

Female Number of posts : 22
Age : 35
Location : Sg Petani,kedah
Registration date : 2008-10-09

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Wed Mar 04, 2009 9:28 pm

Smile hehe...best lee..ade x lg...letak le byk2...
Back to top Go down
View user profile
Kombat



Number of posts : 20
Registration date : 2008-10-07

PostSubject: Re: Jangan Ketawa   Thu Apr 09, 2009 10:02 pm

bersambung lg... Very Happy

PAMERAN LUKISAN


Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup."

Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya."

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali."

Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak."

Jenet terus ketawa dan berkata: "Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!"





SIAPA SASTERAWAN NEGARA.???

Seorang Guru melihat Ajoi sedang mengantuk dan hampir tertidur didalam kelas.. Oleh itu Guru tersebut segera memberi soalan kepada Ajoi..

Guru : Ajoi.. Siapa Sasterawan Kita?
Ajoi : eh.. tidak tau cikgu... Bukan saya cikgu..
Guru : Cepat Ajoi.. katakan siapa Sasterawan kita?
Ajoi : Sumpah cikgu.. bukan saya..!

Kerana kesal.. Guru itu mengadukan hal tersebut kepada Dato Rahman..bapa Ajoi.. yang merupakan seorang pemimpin yang paling ditakuti. Setibanya di sekolah, Dato Rahman berjumpa dengan anaknya Ajoi..

Ayah : Ajoi.. cepat katakan siapa Sasterawan kita
Ajoi : Sungguh ayah.. saya tidak tau.. Dato Rahman marah.. dan terus menampar Ajoi..
Ayah : Cepat!.. jangan malu2... katakan.. siapa Sasterawan kita
Ajoi :Betul Ayah.. Bukan saya.. saya tak tahu (sambil menahan sakit)

Dato Rahman memukul Ajoi hingga jatuh ke lantai.. Dan pukulan demi pukulan, bahkan tendangan... dan Ajoi Tetap menjawab.. Saya tidak tau.. bukan Saya.. Melihat anaknya sudah setengah mati.. akhirnya Dato Rahman kembali berjumpa Guru Ajoi..

Guru : Bagaimana Dato?...
Dato Rahman : Entahlah cikgu.. nampaknya memang bukan dia...!






JANGAN MINTA CERAI DALAM KERETA


suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...

si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita

sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??

suami : si suami sempat menjawab sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..

cheers
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Jangan Ketawa   

Back to top Go down
 
Jangan Ketawa
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum x-SMTJS :: Jom Chit-Chat :: Kisah Lucu, Lawak Jenaka dan Permainan Forum-
Jump to: