Forum x-SMTJS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


x-SMTJS
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Berminat chit chat politik negara sekarang?

Go down 
4 posters
AuthorMessage
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeSun Oct 19, 2008 2:58 pm

Setiap pagi saya bukak laman ni cuma nak tau serba sedikit tentang berita dan pandangan masyarakat tentang politik negara sekarang http://www.malaysiatoday.com/
Back to top Go down
pau_kj
Moderator
Moderator
pau_kj


Male Number of posts : 272
Age : 40
Location : PaDanG JawA + kL + CheRas + Aloq SeTaq + depan KoMpuTeR
Registration date : 2008-10-07

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeSun Oct 19, 2008 9:45 pm

pendapat aku bagus banyak membaca, tapi jgn baca 1 pihak ja...aku baca semua...
Back to top Go down
http://www.kenarianz.com.my
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeMon Oct 20, 2008 9:07 am

yeah rite....web tu semua peminat fanatik parti2 seluruh malaysia menyuarakan pendapat parti masing-masing. Saya pun tak suka dengar sebelah pihak sebabnya media sekarang lebih kepada sebelah pihak jerkan....faham2 ler Rolling Eyes
Back to top Go down
pau_kj
Moderator
Moderator
pau_kj


Male Number of posts : 272
Age : 40
Location : PaDanG JawA + kL + CheRas + Aloq SeTaq + depan KoMpuTeR
Registration date : 2008-10-07

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeMon Oct 20, 2008 10:52 am

hehe ur rite...kita nak cakap lebih2 pun xdak bukti kan...kita pilih yg terbaik...betoi x hehe...
Back to top Go down
http://www.kenarianz.com.my
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 10:53 am

PKR buat laporan polis penyelewengan Najib

Written by Syah
Monday, 20 October 2008 22:19
Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa membuat laporan polis mengenai Timbalan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai skandal pembelian Eurocopter. Ianya dibuat selepas Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim membuat pendedahan di Parlimen mengenai surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services.

Surat tersebut menyatakan persetujuan kerajaan untuk membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter pada keupayaan yang sama dengan nilai yang lebih rendah. Fariz mendakwa ianya menyerupai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene. “Kes ini sama dengan skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, kami mahu ianya disiasat dan diambil tindakan,” katanya. –Malaysia Today
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 10:54 am

Children of VIPs getting undeserving scholarships
Written by zen
Monday, 20 October 2008 23:50
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, the BN Representative of Kalabakan claimsto have received information that some children of VIPs who do not deserve scholarship have had them approved. He said “I want to know if this is true and if it is true, why these children were given scholarships? They do not qualify,” Datuk Johari Baharum, Deputy Minister in the Prime Minister Department said that the claims will be noted and will reply if writing if they are true. He said “Academic achievement constitute 70%, socio-economic background 10%, co-curriculum (activities) 10% and the interviews carry 10%. It’s a good suggestion, but if we send these students to universities say in Australia, they must qualify academically to even enter the university,”
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 10:55 am

Sultan Kelantan kecewa dengan projek kerajaan Persekutuan


Written by Syah
Monday, 20 October 2008 22:00
Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan kekecewaan beliau terhadap projek kerajaan Persekutuan di Kelantan yang masih belum dilaksanakan. Antaranya ialah pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang setakat ini baru mencapai 10 peratus pembinaan. Baginda berharap projek tersebut dipergiatkan lagi dalam rancangan Malaysia Ke-9 kerana pelakasanaan yang perlahan.

"Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda. Baginda turut mahu projek seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli diambil perhatian. "Oleh yang demikian beta menyeru agensi yang terlibat memantau pelaksanaan projek yang dirancang supaya berjalan mengikut jadual. Beta juga mendapat maklum Kelantan adalah di antara negeri yang disenaraikan dengan projek hub halal dalam RMK-9 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17 juta, bagaimanapun ia juga belum dilaksanakan," titah baginda. –Malaysia Today
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 10:57 am

Mahathir berhak buat kenyataan – Rais

Written by Syah
Monday, 20 October 2008 22:03
Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat kenyataan bagi membidas mereka yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan mengenai UMNO. "Banyak pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan tentang Umno. Ini tidak sepatutnya menjadi satu isu. Beliau ada locus standi untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno. Beliau menerajui parti itu selama 23 tahun.

"Kalau mereka ingin berkata sesuatu kepada beliau, jumpa beliau dan cakap secara berdepan dengannya. Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno," katanya. Beliau yang juga merupakan Menteri Luar turut kecewa dengan amalan politik wang yang semakin berleluasa dalam parti terbesar itu sejak kemerdekaan. –Malaysia Today
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 11:34 am

how about tok guru?
Back to top Go down
aidacomey

aidacomey


Female Number of posts : 29
Age : 40
Location : KL
Registration date : 2008-10-07

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeTue Oct 21, 2008 12:00 pm

Tell me who can i believe now ???????????????



believe ur self..thats enough..hehehe
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeWed Oct 22, 2008 12:39 pm

Anwar talam dua muka – Salleh Berminat chit chat politik negara sekarang? EmailButton

Written by Syah
Wednesday, 22 October 2008 07:36


Salleh Kalbi (BN-Silam) menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermuka – muka dalam membela nasib penduduk di Sabah dan Sarawak. Beliau menegaskan ketika Anwar di Kabinet dahulu, beliau tidak pernah mengambil berat menegani negeri tersebut namun kini mengambil sikap yang berbeza. Salleh menyifatkan sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah untuk meraih sokongan daripada penduduk negeri itu.

"Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan tentang biasiswa untuk pelajar Sabah, tetapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah," katanya. Bagaimanapun Salleh memaklumkan kini Anwar pula mahu memperjuangkan nasib pelajar di Sabah. –Malaysia Today
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeWed Oct 22, 2008 12:47 pm

Saya tak nampak anwar betul2 nak majukan bangsa dan negara tapi apa yang nampak dalam diri anwar cuma pembelaan diri dan maruah keluarganya saja. Di hati dia cuma dendam jer atas apa yang orang dah buat kat dia. Adakah perjuangan dia ikhlas untuk masyarakat malaysia? atau sebagai landasan supaya dia dapat memerintah malaysia kemudiannya memusnahkan orang2 yang pernah menjatuhkan dia?
Najib menafikan dirinya dikaitkan dengan antartuya tapi bila ada orang tunjuk gambar dia dinner dengan antartuya kat france....dia tak nafikan pun cuma berdiam diri jer?
Betulkah berita pak lah pernah menampar khairy kat hotel sebab kena tangkap berkhalwat dengan maya karim? (my fren kepada hubby ada sama masa pak lah bagi penampar tu tapi yela cuma khabar angin jela)
Ini cuma persoalan saya jerla tak tentu kenyataan ini benar ke tak Question
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeWed Oct 22, 2008 12:54 pm

Memorandum bantahan tukar nama jalan Berminat chit chat politik negara sekarang? EmailButton
Written by Syah
Wednesday, 22 October 2008 07:27


Pemuda MCA dilaporkan akan menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya menjelaskan mengenai pertukaran nama Jalan Alor dan beberapa nama jalan lain di sekitar Kuala Lumpur. Ketuanya Dr Wee Ka Siong memaklumkan penduduk dan peniaga di kawasan itu melahirkan rasa tidak puas hati dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menukarkan nama jalan Alor yang sudah dikenali ramai.

"Saya anggap ini tindakan yang tiada sebarang justifikasi. Saya tidak nampak ada orang yang menyokong satu kawasan pelancongan yang begitu masyhur selama ini tiba-tiba bertukar nama. Saya tidak nampak usaha ini dapat membantu mempromosi sektor pelancongan di Malaysia. Saya khuatir satu hari nanti, apabila ada orang mengatakan perkataan lumpur pada nama Kuala Lumpur tidak sedap didengar dan dengan itu nama Kuala Lumpur harus ditukar kepada Kuala Lestari atau Kuala apa-apa...Saya tak tahu," katanya.-Malaysia Today
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeWed Oct 22, 2008 12:55 pm

Agaknya nanti nama MALAYSIA ditukar dengan nama CINASIA cheers
Back to top Go down
x-zorro




Male Number of posts : 103
Age : 40
Registration date : 2008-10-07

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeThu Dec 11, 2008 9:48 am

malaya=tanah melayu
Suspect
Back to top Go down
lanalang

lanalang


Female Number of posts : 93
Age : 41
Location : smallville
Registration date : 2008-10-14

Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitimeSun Feb 08, 2009 4:41 pm

politik semakin panas ni........bahang.......terbakar........hangus........abu............
Back to top Go down
Sponsored content





Berminat chit chat politik negara sekarang? Empty
PostSubject: Re: Berminat chit chat politik negara sekarang?   Berminat chit chat politik negara sekarang? Icon_minitime

Back to top Go down
 
Berminat chit chat politik negara sekarang?
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum x-SMTJS :: Jom Chit-Chat :: Isu Semasa-
Jump to: